CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 24, 2008

IMPAK MAKSIMA THE MOVIES- SYNOPSIS

Impak Maksima ialah sebuah filem buatan Malaysia yang bertemakan aksi lumba kereta haram yang melibatkan teknik drifting. Filem arahan Ahmad Idham yang membariskan bintang muda termasuk Awal Ashaari dan Cat Farish serta pelakon terkenal Eizlan Yusof ini ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 23 Ogos 2007.

Ayie (Awal Ashaari) adalah seorang pelajar kolej yang digambarkan sangat meminati perlumbaan kereta ini. Tetapi Johari (Eizlan Yusuf) abang kepada Ayie yang pernah menjadi pelumba drift dan menjalankan perniagaan servis kereta, melarang Ayie terlibat dengan perlumbaan haram tersebut. Ini kerana Johari bertanggungjawab terhadap adiknya selepas kematian ibu bapa mereka.

Masalahnya Ayie berlumba kereta drift itu secara haram dan dia terlibat pula dengan Ray (Zul Huzaimy), watak antagonis dalam filem ini. Puncanya bermula daripada kawan Ayie (Opie Zami) yang mencabar Ray berlumba gara-gara terdesak untuk membayar hutangnya kepada ah long. Dalam perlumbaan secara haram ini bukan sahaja ia melibatkan pertaruhan wang, tetapi ia juga melibatkan gadis-gadis jalanan, seks, dadah dan juga gengsterism.

Untuk mengatasi semua masalah ini, pengarah Ahmad Idham mengambil jalan mudah dengan meletakkan seorang anggota polis yang menjalankan tugas secara menyamar sebagai gadis drift iaitu Maria (Dynaz).

0 comments:

POOL

BOWLING